Sunday, 26 January 2014

Entry untuk Abang Yus

Semalam aku suruh abang Fahmi lukiskan layout noise kilang Dubious Natural, time dia lukis tu aku berseloroh, teringat kat abang Yus, kalau dia lukis layout, mesti buat garisan pakai pembaris, nak kasi tegak katenya.

So, aku dah pasang niat, entry ni aku nak buat untuk kau bang.

Untuk abang Yus, terima kasih untuk semuanya sekali sepanjang kita kenal, sepanjang kau aku bekerja. Aku diam bukan sebab aku benci ke ape, maybe sebab terkejut.

Terima kasih amekkan sample water aku selama ni. Walau banyak camane pun aku kasi, kau tak pernah tak settlekan. Orang lain tak tahu yang ni, then aku kasitau. Aku nak mintak maaf weh kat kau bang, aku tau aku banyak salah. Selalu tinggi-tinggikan suara kat kau, sepak terajang kau semua. Moga kau dapat kehidupan yang lebih baik lepas ni. Tuhan tak uji kita kalau Dia tau kita tak kuat. Jangan ingat aku tak pernah ingat kat kau pulak.

Tipulah kalau aku cakap aku tak teringat, tak rindu langsung kan. Lagi lagi bila hari Sabtu. Hari Sabtu yang takkan sama macam Sabtu Sabtu sebelum ni.

Pedulikan, persetankan ape yang orang nak cakap, terus ukir senyuman untuk kehidupan pada hari esok.

Thanks, bero.

No comments:

Post a Comment