Friday, 31 January 2014

DOA

Tuhan,
Aku mohon
Turunkan dia
Dia yang serupa dengan aku
Pemikiran sebijak aku
Jiwanya sejiwa dengan aku
Marah bila aku salah
Luruskan aku yang buta
Bimbing aku yang sediakala hanyut

Jika terlalu berat permintaan ini,
Cukuplah sekadar jiwa kami sama.
Cukup.

Tak mahunya lebih dari itu.
Kerna jiwa aku,
Jiwa yang aku sendiri tak tahu nak describe macam mana.

Susah.

Sunday, 26 January 2014

Entry untuk Abang Yus

Semalam aku suruh abang Fahmi lukiskan layout noise kilang Dubious Natural, time dia lukis tu aku berseloroh, teringat kat abang Yus, kalau dia lukis layout, mesti buat garisan pakai pembaris, nak kasi tegak katenya.

So, aku dah pasang niat, entry ni aku nak buat untuk kau bang.

Untuk abang Yus, terima kasih untuk semuanya sekali sepanjang kita kenal, sepanjang kau aku bekerja. Aku diam bukan sebab aku benci ke ape, maybe sebab terkejut.

Terima kasih amekkan sample water aku selama ni. Walau banyak camane pun aku kasi, kau tak pernah tak settlekan. Orang lain tak tahu yang ni, then aku kasitau. Aku nak mintak maaf weh kat kau bang, aku tau aku banyak salah. Selalu tinggi-tinggikan suara kat kau, sepak terajang kau semua. Moga kau dapat kehidupan yang lebih baik lepas ni. Tuhan tak uji kita kalau Dia tau kita tak kuat. Jangan ingat aku tak pernah ingat kat kau pulak.

Tipulah kalau aku cakap aku tak teringat, tak rindu langsung kan. Lagi lagi bila hari Sabtu. Hari Sabtu yang takkan sama macam Sabtu Sabtu sebelum ni.

Pedulikan, persetankan ape yang orang nak cakap, terus ukir senyuman untuk kehidupan pada hari esok.

Thanks, bero.

DIA

Pagi pagi ni bau pakwe dah menerjah menusuk hidung
Dah nak masuk sebulan dia hilang
Missing
Mungkin dia datang sekadar mahu melawat aku,
Mahu pastikan aku okay je tanpa dia.

Dan mungkin dia tak tahu, aku cuma pura pura okay sahaja.

Tak tahu kenapa antara ramai ramai, dia je yang aku sibuk sedih bila dia takde. Padahal dia paling jahat paling celaka paling puaka bila bercakap. Ya, dia jahat tapi dia selalu marah aku kalau aku buat jahat.

Awak, saya malas nak rasa rindu rindu kat awak. Sebab saya tahu takde pekdah pun nak rindu ke awak. Tapi alang alang pepagi buta ni bau awak dah menerjah hidung saya, saya cuma nak cakaplah saya rindu awak budak lahanat.

Awak, kalau betul instinct saya awak kat dalam, awak cepat keluar ea.

Wednesday, 15 January 2014

RESPECT


Lately ni banyak sangat benda yang jadi depan mata aku. Tapi aku lagi suka dok diam dan perati je.

Tetiba malam ni rase macam nak hapdate pasal respect. Takde kena mengena pun. Saje je nak banyakkan entry.

Aku ni takdelah baik pun. Okay senang cite takde benda baik laa yang orang pandang ke aku ni. Tengok muka perangai pun dah tahu. Mulut takpayah ceritalah, serupa lahanat. Belum lagi perangai syaitonirrojim yang aku sorok simpan rapi dalam kocek.

TAPI at least laa, aku ade lagi kot rasa nak respect ke orang sekeliling aku. Bukan susah mane pun ekceli nak semat rasa respect ni dalam hati instead kau memang takde langsung keinginan nak buat macam tu.

Walau busuk lahanat macamanepun sesorang tu, kalau dia pandai nak respect orang orang sekeliling dia, dia adalah sejuta kali lebih bagus daripada sesiapa yang hati konon mulia, mulut serupa gula gula kapas.

Tak payah benda lain ar, kalau kau ade natang respect tu pun hidup kau memang dah boleh dibanggakan dah pun. Buat ape aku nak tipu.

Sunday, 12 January 2014

Dapat Cermin, bero.

Tadi masa berbual dengan mama :-

Aku : ma, mama tahu tak kat opis tu kan pungpangpungpang sipolan tu gitu gini. Tak suke arrr.

Mama : kau tak payah cakap orang itu ini. Kau pun sama je. Kat rumah pun kau buat macam tu kan. Mama jugak yang hadap. Tu yang kat ofis turn kau pulak hadap.

Aku : hah? Pfffttt.

Mula-mula mama cakap macam tu, aku sentap nokharomm kau. Tapi kalau ikut kedewasaan pemikiran aku, betul gak apa yang mama cakap tu.

Tak jauh pun kalau Tuhan tu nak tunjukkan perangai kita apebenda pun laa, depan mata je. Cuma kita je yang tak sedar.

Thanks ma sebab dah kasi cermin ke orang.