Friday, 20 September 2013

CAMPAK


Awak, Pedulikan Semua rasa Ranap Punah Yang membebankan Bahu itu Kalau boleh buang, Ambil kumpul Isi dalam kotak Campak jauh ke laut.

Tuesday, 17 September 2013

Sekejap je.



Hari dah gelap
Pipi basah
Hati rasa ranap

Awak,
datanglah
Tenangkan saya
Lenakan saya di bahu awak

Walau seminit
Tak apa
Sekejap pun jadilah.


Friday, 6 September 2013

Surat Mati untuk Kekasih Imajinasi


Kehadapan Kekasih Imajinasi,

Nama saya Farah. Saya gemuk, pendek, tak hot dan blablabla lagi yang tak. Tapi saya comel dan kelakar. Orang tak kata, tu memang saya sendiri yang kata. Tapi saya rasa awak bukan kisah pun apa kekurangan yang ada pada saya ni, sebab awak pernah cakap awak cuma ada saya sorang je. Memanglah, dah terang-terang saya je yang selalu ada dengan awak time awak susah kan.

Awak,

Dulu saya selalu impikan nak ada kekasih pandai main gitar supaya dia boleh menyanyi untuk saya sambil petik gitar. Saya pun pernah impikan kekasih yang minat bola sepak supaya dia dapat sama-sama dengan saya menonton perlawanan bola. Tapi awak bukan setakat minat bola sepak, malah awak player bola sepak. Dapatlah saya sorak untuk awak kat padang nanti.

Awak,

Semua orang bilang awak teruk, awak menyusahkan dan macam-macam awak lagi yang saya dengar. Tapi saya peduli apa, awak pun pernah cakap hati saya keras. Hati saya memang keras pun, saya selalu sakit koyakkan hati awak. Tapi kan awak, hati saya yang awak bilang keras ni, kalau awak genggam kena pada tempatnya, cair juga lama-lama.

Awak,

Saya cuma nak cakap saya suka awak. Sebab awak seorang je yang boleh buat saya ketawa, buat saya rasa marah tahap angkasaraya, buat saya sedih bila rasa tak dipedulikan, buat saya rasa susah dengan kealpaan awak, buat saya rasa rindu dengan gedik mengada-ngada awak, buat saya leka dengan janji manis awak. Semuanya awak buat dalam satu masa. Ya, dalam satu masa.

Awak,

Sekarang kita dah tak macam dulu lagi dah kan. Kalau esok saya mati, saya nak kabor ke awak, saya nak sangat tarik-tarik rambut awak macam dulu-dulu. Rindu kot. Tipu lah kalau saya cakap tak rindu kan. Tapi rasanya saya waras lagi, tak mungkin kot nak buat macam tu lagi. 

Awak,

Saya tak kisah pun awak nak lupa kat saya ke apa, takpee, tak kisah langsung. Tapi awak janganlah lupa diri. Dunia ni memang untuk orang bijak pandai, pandai-pandai nak hidup kalau taknak kena pijak. Jaga diri awak. Saya dah tak boleh nak tengok-tengok awak lagi macam dulu. Terima kasih untuk tempoh berbulan-bulan buat saya di awang-awangan. Walau semua orang kadang-kadang pandang awak busuk, saya percaya ada secebis kebaikan pada awak yang semua orang tak tahu.


Yang benar,
@faraakucas