Sunday, 28 April 2013

Mimpi Lagi

Mimpi lagi
Lena hanya sempat tiga hari
Datang semula

Puas diracun otak
Puas dilanyak dipijak
Puas dikasi dicurah nasihat

Hati tetap segitu rasa
Tak pernah berubah
Tak tahu kenapa

Mimpi lagi
Jika mimpi semalam ertinya yang elok,
Mohon disatukan hati aku dan dia.
Jika mimpi semalam hanya untuk menyinggah,
Jauhilah kami tanpa ada sesiapa yang tersakiti.

Mimpi lagi
Rindu teruk
Ahh, benci.

Saturday, 20 April 2013

Kerana Rasa Itu

Kau tunjuk aku rasa itu
Rasa yang kau fikir kau sorang sahaja punyai miliki

Kerana rasa itu
Kau lupa tentang telinga aku.
Yang menadah mendengar setiap cerita-cerita kau

Kerana rasa itu
Kau lupa tentang tangan aku
Yang menghulur memberi
Ketika kau cuma ada satu hari je untuk nikmati hidup

Kerana rasa itu
Kau lupa tentang rasa penat yang aku kerah
Kerah hanya untuk satu kealpaan yang kau tinggalkan

Tuhan ciptakan kau rasa itu
Tapi sayang, kau salahgunakan
Jika kau bijak pandai,
Rasa itu bukan untuk aku.
Bukan untuk aku - yang menadah telinga - yang menghulur memberi -yang penat mengerah.

Ya, rasa itu-hanya kau seorang yang punyai miliki

Kau ego.

Tuesday, 16 April 2013

Aku Gadis - Perangai Serupa Taik

Aku gadis.
Perangai serupa taik
Tak pernah kisah kau punya hati.

Aku gadis
Perangai serupa taik
Cara aku
Cakap aku
Semuanya kau bilang tak kena
Tak kena dengan jiwa kau

Kau kata kau manusia biasa
Tak mampu nak ubah sesiapa
Aku tak minta semua tu
Aku gadis
Perangai serupa taik
Tak boleh diubah melainkan matinya aku

Aku gadis
Perangai serupa taik
Pergi saje kalau kau rasa aku tak kena itu ini

Sekurang-kurangnya hari ini
Aku dah tahu yang kau suka aku - seorang gadis perangai serupa taik yang kau benci.

Genggam kemas kata-kata kau
Semat dalam hati
Untuk aku bawa bekalan hari mati.

Faraa, 15 April 2013