Sunday, 31 March 2013

Betul Kata Orang

Hari ini,
Pagi ini.
Aku belajar satu benda.
Betul kata orang,
Yang menegur, yang menegah tu la yang sebenar-benar sayang ke aku.
Taknak aku hanyut.
Taknak aku sakit.
Taknak aku tercelaka sikit pun.

Manakala yang hanya memerhati,
Menanti masa untuk menepuk tangan sahaja.
Menanti untuk gelakkan aku.
Saat aku jatuh,
Saat aku tergelincir.

Terima kasih yang menegur.
Terima kasih yang memerhati.
Siapapun kau, kau tetap aku simpan,
Semat dalam hati.
Dalam-dalam.

Kau memang ohsem.

Saturday, 30 March 2013

Selamat Pagi Diri - Selamat Pagi Awak



Selamat pagi diri - jaga diri, jangan makan hati. Sentiasa tetapkan hati untuk berada di bawah.

Selamat pagi diri - cari semula semangat yang hilang. Lanyak saje si perembat semangat itu. Dasar pencurik.

Selamat pagi diri - ukir senyuman. Walaupun ia paksa, walaupun ia tak setulus semalam. Ahh, siapa saje yang tau ia paksa.

Selamat pagi diri - ingat, jangan terlampau memberi hati. Kelak ia terluka, sakitnya tak terperi. Percayalah.

Selamat pagi awak - terima kasih sebab dah curi semangat saya, nanti mohon pulangkan semula ke tempat asal ya.

Selamat pagi awak - terima kasih sebab penah buat saya tersenyum seindah pelangi. Saya hargainya.

Selamat pagi awak - jangan ingat selamanya awak ada kat atas. Oh lupa, saya hanya besama awak tika awak di bawah saje.

Selamat pagi awak - mohon awak jangan curi lagi semangat saya. Jangan amek lagi versi saye yang dulu. Tak sanggup.



Sunday, 24 March 2013

Susahnya Menjadi Farah

Dear Farah,
Sudah-sudahlah dok tatang hati orang.
Berhentilah balut hati orang dengan plastik, konon taknak sikit pun tercalar.
Rasa bosanlah dok buat orang lain tersenyum.

Farah,
Tak pernah ada ke satu saat kat dunia ni kau fikirkan diri kau?
Pernah tak kau cuba nak pedulikan semua orang?
Pedulikan hati orang-orang yang kau dok tatang tu?
Pernah tak?

Boleh tak kau beritahu aku bila masanya kau buat satu benda hanya untuk diri kau?

Farah,
Susahnya jadi diri kau ni.
Susahnya nak tengok kau risau pasal perasaan sendiri.
Semangat kau hilang entah kemana pun kau tak sedar.

Susahnya nak jadi diri kau Farah. Sangat susah.

Never Regret,
Hati yang tak pernah kau peduli.

Wednesday, 20 March 2013

ACAP

Tuhan,
Terima kasih sebab turunkan orang yang selalu ada dengan aku.
Tak kira waktu.
Masa susah.
Masa senang.
Masa ketawa.
Masa menangis.
Jangan kau ambil dia dari aku.
Melainkan mati yang memisahkan kami.

Tuhan,
Jagakan dia untukku,
Jangan kau sakiti dia,
Letaklah dia dibawah redhaMu.

Tuhan,
Terima kasih atas anugerahMu ini.

Iaitu ACAP.

Monday, 18 March 2013

#SuratUntukDiri #26


Entry kali ni aku repost semula daripada tumblr Surat Untuk Diri yang Zara buat. Nampak macam best je, so aku tulislaa..surat yang aku tujukan ke diri sendiri. Nak complaint, rasa macam takde yang tak best kot. 
Then terhasillah surat kat bawah ni.

#SuratUntukDiri



Kehadapan diri sendiri,
Dah puas ke membodohkan diri?
Seronok sangat ke gelak ketawa tiap hari?
Ketawa bajet macam tak ada masalah.
Ketawa bajet macam awet muda.
Muntah.
Dalam hati ada berjuta kepalitan, ada kau fikir?
Kau fikir nak sedap je, nak ketawa je tiap hari.
Syok sangat ke?

Kehadapan diri sendiri,
Kadang kadang buat baik ke orang memang bagus.
Tapi jangan baik sangat.
Nanti depa pijak kepala hang,
baru hang nak terhantuk dan terngadah.

Diri sendiri,
Teruslah jadi apa yang kau jadi sekarang.
Tak pernah menyesal dengan kau.
Kau la terheaven tak kurang juga terhebat.
Sayang kau hingga hujung nafas terakhir aku.

Jaga diri jangan makan hati, yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti.

Deep from heart,
@faraakucas



Sunday, 3 March 2013

Hilang entah pegi mane-mane entah


Tengok muka kat cermin - ahh aku sendiri pun tak tau siape kat cermin tu. Lain. Tak macam dulu.

Tengok muka kat cermin - tanye ke dia mane aku yang dulu. Mintak dia pergi cari dan bawak balik semula.

Tengok muka kat cermin - nak senyum pun payah. Bila senyum ada je yang tak kena. Satu fungsi senyuman hilang tak tau sape rembat.

Tengok muka kat cermin - anak mata tak nampak wajah sendiri. Tak tau wajah siapa yang menumpang. Bila la nak hilang. Aku nak lihat wajah aku.

Tengok muka kat cermin - ahh, dah mampu tersenyum. Tapi bukan senyuman ni yang aku cari. Masih tak ikhlas. Terpaksa.

Merindui versi diri sendiri yang dulu. Mohon pulang segera.