Monday, 18 February 2013

Cicicikemaraway 2013


Hai awak :)

Tak tau macamane nak intro ni,
Ok, INTRO. Done.

Pernah dengar tak habis madu sepah dibuang? Takde kena ngena pun senanya dengan aku. 
Yang aku cuma nak bitau aku punya cerita ni dah seminggu hold dalam lubuk hati. 
Pesen malas nak hapdate.

Last week time cuti cina raya, aku nekad dengan bebudak ofis nak pi ngabeskan duit. 
Dan ternyata plan kami berjaya - ya, duit aku dah pun habis.

Malas nak tekan papan keyboard taip pepanjang, aku kasi korang can layan gambar je la. 
Dan tolong kawal perasaan korang time tengok gambar tu. Paham?

Lokasi Satu - Cameron Highlands, jalan bengkang-bengkok, kiri kanan gaung.


































Gambar - waktu pagi kat Cameron. Sejuk. Sangat sejuk.Gambar kat bawah adalah bukti.


alaa..sebenarnya takdelaa sejuk mana pon..mungkin sebab waktu pagi tu yang jadinya sejuk. Semua bajet-bajet nak pakai macam dekat eskimo..saket pulak hati aku..Lepas sarapan, jalan-jalan kat pasar tepi jalan serta menikmati sejuk kononnya, kiteorang gerak pi ladang stoberi..tapi sayang ladang tu jenis tak boleh petik buahnya. So, puaka-puaka aku pon, aku tak petik sebab aku takot. 

Cuma nak beritahu yang aiskim stoberi dengan cokelat stoberi depa sedap. 
Bayangkan, pepagi hari-cuaca sejuk-melantak aiskrim. Aku ok je.


Lokasi Dua - I-City Shah Alam, tempat banyak lampu panas nak mampus.

Gambar - I-city time maghrib nak malam.

Time ni kami jalan berempat je. Kejam tak kejam depa tinggalkan kami. 
Langsung tak call tanya kat mane. Entah menda-menda je perangai. 
Kalau aku cakap I-city ni tak best kira aci tak? 
Tak best bukan sebab takde banyak game ke ape.
Tapi tak best dari segi sistem parking depa. 

Tempat ni dahlah besar. Pastu sah-sah ramai orang datang. Kete banyak dan sebagainya.
Kau bayangkan bila kau dah basah-basah ketiak penat nak mampus, 
time nak balik tuju ke kereta, tengok-tengok kau kena beratur panjang nak mampuih semata-mata untuk bayar parking kat mesin parking tu. Tu satu hal, lepas kau dah hadap beratur panjang, 
kau pun bersiul-siullah menuju ke kereta kau, tapi tengok-tengok pastuh kau kena hadap
jem dari tingkat 5 bangunan sampai level 3 paling bawah. Apak dia lah. 

Konklusinya, korang kena tabah bila ada kat sini pastu korang kena belagak gangster. 
Kalau kau dok diam je, memang sampai lusa lah kau duk je kat dalam tu.


Lokasi Tiga - Nilai 3, Negeri Sembilan.

Maaf tiada gambar mahu dikasitunjuk sama kau orang. Semua orang pun sebok menyoping dan sebok basahkan ketiak memasing. Tak lupa jugak ada yang sebok jadi pengasuh kanak-kanak.


Lokasi Empat - Melaka, Bandaraya Bersejarah - throw back memory.


Gambar - Melaka River Cruise. Tak dapat naik bot grandstand. Kena duduk kat bot yang open. 

Walaupun tak dapat naik bot grandstand, aku puas hati sebab abang yang bawak bot kami tu 
sempoi gilee baq hangg. Macam biasa, kiteorang je yang bising, yang lain duduk diam 
menikmati pemandangan keliling sungai katenya. 

Malu aku nak kabor ke orang, sepanjang tiga tahun aku dok kat Melaka, 
ni pestime aku naik river cruise ni. Ak alaa, masa aku belajar dulu, manede lagi natang cruise ni siakk. 

Tapi sumpah puas hati lah, kau bayar RM10 pastu dia bawak kau pusing jauh gak laa. 
Berbaloi-baloi weh. Tak tipu. 
Tapi kalau kau nak elakkan beratur panjang time naik cruise ni, kau naik kat 
Taman Rempah laa. Situ ciput je orang. Jangan naik yang kat bandar nun, basah gak laa ketiak beratur.

Aku rindu Melaka - thanks kat semua orang sebab dah bawak aku datang Melaka balik. 

Gambar - wajah-wajah kesayangan aku. 

Thanks kat kesayangan-kesayangan aku semua sekali sebab berjaya abeskan duit aku. 
Gambar kat atas ni bukti aku sayang ke korang semua. 
Kalau aku dah takde nanti, at least korang tau korang semua ada dalam hati aku. 
Ok, deep gilee ayat.

Dear Supermans, terima kasih dengar carutan aku. layan gelak aku. 
Tahan maki aku selama 3 hari 2 malam. Kalian semua ohsem. Big hugggssss.

- hapdate belog panjang-panjang ni nak pegi mane?

Sunday, 17 February 2013

Hilang Lagi

Jiwa macam dah hilang tak tau pegi mane.
Hati pulak tak tau sape rembat. Rembat jenis tak reti nak pulangkan.

Awak,
Pulangkanlah balik hati saya,
Saya cuma ada satu hati je,
Kalau awak amek, dah tu saya nak pakai hati ape?
Lainlah kalau awak beri hati awak kat saya.