Sunday, 27 January 2013

Hipokrit #1

Perempuan ini.
Sedang demam.
Demam rindu katanya.
Tapi masih mau senyum.

Ahh,
Hipokrit.

Demi Rasa Itu

Rasa itu datang lagi.
Selalu datang time aku tengah sedih,
Tengah ketawa, tengah resah.
Untuk apa aku sendiri tak pernah tau.

Demi rasa itu,
Aku hadap ego,
Aku hadap malu,
Ketepikan semuanya.

Demi rasa itu,
Dua puluh minit sudah memadai,
Makian, carut dan terus gelak,
Hairan kerna tiada lagi airmata yang berlumba-lumba mahu mengalir.

Demi rasa itu,
Aku peroleh satu perkara dan ku simpulkan,
Walau kau jauh, aku tau kau selalu tengok-tengokkan aku,
Kau nak pastikan aku okay,
Pejam.
Terharu.

Demi rasa itu,
Terima kasih Tuhan,
Aku sayang kau sampai nafas terakhir aku.
Janji.

Thursday, 17 January 2013

SAYA PUN MACAM ORANG LAIN JUGA


Awak,
saya rasa saya ada masalah..
Semua orang lupa yang saya ni manusia agaknya..
Saya pun macam orang lain..

Awak..
Saya pun macam orang lain juga..
Kadang-kadang saya penat..
Tapi mereka tak pernah tahu..
Langsung tak tanya..
Mereka cuma fikir saya boleh buat..

Awak..
Saya pun macam orang lain juga.




Friday, 11 January 2013

FAKTA ANAK KE 2 DALAM FAMILY


Aku anak ke 2 dalam family. Diulang anak ke 2. Sekian.


ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. 

- ok yang ni tipu - sebab rasanya aku lebih kepada abah.

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ. Kemahuan dia kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

- yang ni sangat-sangat betul. keh3.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia. 

- ape seh nak pujuk-pujuk. Tah pape.

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

- Setuju!

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang. kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

- Dah memang hitam, takkan nak bilang putih lak kan?

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje keras.tp hati dia lembut. SATU lagi pe'el dia, dia tak boleh ditegur.

- Kememeh pun ya jugak. 

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

- Yang ni tipu! Aku bukannya indipendent pun. Aku cuma layan muzik indie je.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

- Sangat betul. Pegi mati siapa yang bagi aku arahan tu.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun pemaaf dan caring. TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

- Aku senang je, kau dah buat salah, kau tak mintak maaf pon takpe. Aku dah maafkan dah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.

- Ni pun koya gak. Aku ok je, selipar je aku bawak pi mana-mana. Pegi mati same up to date.



Thanks to : link ohsem


Wednesday, 9 January 2013

ENGKAU


kau pergi..
aku harap kau datang balik..
kau tak datang langsung..

aku dah tak mengharap lagi..
Tapi kau datang semula..
Aku buang kau jauh..
Moga kau tak kembali lagi..

Hari ni..
kau datang balik..
aku terima..
mungkin ada hikmah..

Satu-satunya benda yang aku dah buang tapi datang semula adalah engkau..
Terima kasih kawan, terima kasih kisah silam..

Monday, 7 January 2013

Jersi No 16


Jersi no 16 - kaler itam. Kau still bawak pergi mana-mana even masa pergi maen futsal. Masih macam dulu. Takde yang berubah. Tacing.

Jersi no 16 - Jersi tu penyebab perpisahan. Tapi la ni ia penyebab ingatan kau pada aku.

Jersi no 16 - ada ape entah dengan jersi tu sampai spesel sangat nak bawak kesana kemari.

Dulu kalau kau demam, aku pun demam. Sama jugak macam sekarang. Ya, masih macam dulu. Tak berubah.

Bezanya tempoh demam - aku takkan makan ubat walau ape pun jadi. Sampai la ni pun kau tetap pertikaikan pasal ubat.

Satu-satunya benda yang boleh buat aku tersenyum tanpa paksa - Kenangan masa dulu.

Pedulik kalau kau nak bilang aku hanya berlingkar dalam lingkaran masa lampau. Lingkaran aku, kau takkan faham. Kau cuma perlu diam.

Terima kasih untuk tak sampai setengah jam tempoh perbualan. Senyum.

Perkara yang sama akan berulang bila tiba masanya aku demam lagi.

Aku janji takkan mengeluh lagi bila demam. 

Tarik Nafas. Puas.


Saturday, 5 January 2013

SINGLE - BEST LAA SANGAT


Hidup sorang-sorang takdelah teruk mane pun.

Kau tak payah topup hari-hari,

Tak payah beritahu pasangan kau bila kau nak start makan atau bila dah siap makan.

Kau boleh tidur lena tanpa ada bunyi henpon pukul 2 3 pagi pastu angkat henpon semata-mata nak jawab samada kau dah tidur ke belum. Defak.

Tak payah susah payah bangun pepagi subuh untuk kejot bf/gf kau, tapi last-last depa tak bangun langsung pun. Faking.

Percayalah, hidup sorang memang tak teruk mane.

Dan percayalah, aku rindu nak buat semua yang tersebut kat atas ni.

Faking. Bila tah nak move on. Kamon laa!