Saturday, 20 October 2012

Cerita Seorang Aku











Pagi itu..aku bangun seperti biasa..melihat wajah sendiri di cermin..senyum..ya, aku mampu lagi untuk tersenyum..siapa tahu hati aku penuh cerita sedih yang aku kumpul dari dulu sampai aku besar sekarang..jangan tak percaya, takde siape pon pernah tahu apa yang terkandung-kerna aku tak pernah menceritakan kepada sesiapa..ah, untuk apa? untuk mencari simpati atau menjadi bahan kutukan?

Bulan lepas - orang tersayang pergi..senyum masih mampu terukir..baru aku sedar, ramai lagi yang menyayangi..persetankan saje manusia yang tak pernah kenang dek untung..banyak sebab untuk aku tinggalkan kau, tapi aku memilih untuk menerima kekurangan kau..dasar lelaki..dok sibuk carik kekurangan orang lain, lupa nak tilik diri sendiri..bangang kau same level je dengan lembu.

Hari ganti hari, jam detik demi detik - ya, aku bangun dan senyum seperti dulu..nekadnya mahu melupakan hari semalam dan bangun untuk hari esok..walaupun takde siapa perasan yang aku sedang cuba untuk bangun..senyuman lesung pipit aku berjaya melakukan tugas lagi.

Hari Ulangtahun - si lelaki datang dan ucap selamat ulang tahun diiringi doa "kalau ada jodoh, takkan ke mana" - what the fuck. Awak, jodoh tu rahsia Tuhan..kita ni sebagai HambaNya berusaha untuk kekalkan jodoh tu..kalau awal-awal lagi awak dah surrender, apa lagi yang awak nak bilang? Awak siap bilang awak nak jaga saya, siap suruh saya jaga diri, makan ubat kalau sakit. Awak siapa nak suruh saya report apa yang saya buat kat awak? oh, mungkin awak nak saya ingatkan awak balik yang awak pernah buang saya dulu. BODOH. Awak simpan je laa ego awak tu, lipat elok-elok simpan dalam peti dan mangga ya. Satu benda je yang buat awak nampak bodoh-awak rasa, tapi awak taknak beritahu.

Untuk semua orang yang tengah baca ni, cerita kat atas takde kena mengena dengan sesiapa termasuk aku. Tapi kalau ada yang terasa, maaf. 

Untuk awak-awak yang sedang bercinta, pertahankanlah pasangan awak walau apa pun yang terjadi. tu je cara korang nak protect relationship korang. Bukan duduk diam macam batu dan tengok je apa yang berlaku. 


Sunday, 14 October 2012

SEJAK DIA PERGI


sejak dia pergi..
aku belajar macam mane nak idup kalau dia takde..
aku belajar macam mane nak bangun pagi tanpa dia..
macam mana nak tidur malam tanpa dia..

sejak dia pergi..
mula-mula aku goyang..
tapi makin hari aku tau,
dia dah bukan milik aku lagi..

dah lama dah dia pergi..
aku dah boleh bangun pagi tanpa dia..
aku dah boleh tidur malam dengan nyenyak..
aku dah boleh ketawa sesuka hati aku..
aku dah boleh terima dia bukan milik aku sorang..

even dia dah lame pergi..
aku tetap anggap dia selalu ada dengan aku..
aku tetap anggap dia ada sebelah aku tengok aku ketawa..
ada sebelah aku tengok aku menangis..

dah lama sangat dah dia pergi..
tetap takde sorang pun yang akan sama dengan dia..

terima kasih untuk dia atas doa yang satu tu..
aku hanya tadah tangan dan mengaminkannya sahaja..



Happy Birthday to ME !


Assalamualaikum ;DD
Jyeaaahh..Happy Birthday to ME pada 13th October semalam! heh, even entry ni da lewat satu hari, aku pedulik hape..Syukur Alhamdulillah sebab masih lagi diberi kesempatan hidup pada umur yang dah suku abad ni..selamat 25 tahun untuk diri sendiri..Jyeaahhh!!

even dah suku abad, tahun ni laa bufday paling ohsem penah aku sambut sepanjang umur 25 tahun ni..dikelilingi oleh manusia-manusia yang gile ohsem, maka ohsemlaa jadinya..

Thanks untuk the only one KakLong and AbgLong kesayangan sebab susah payah beli makanan itu dan ini semata-mata untuk gua even lu orang tak ingat umur gua brape..gua tau lu orang konpius either gua ni umur baya-baya budak SPM ataupun 25 kan. mihmihmih..gua doakan lu orang dapat baby lekas-lekas sebab gua sendiri pon dah tak boleh tahan tengok baju baby yang comel-comel kat supermaket tu.

Awal pagi aku bangun dengan senyuman dari mama, katenya "Selamat Hari Lahir, moga lebih matang lagi lepas nii" thanks ma untuk wish yang berjaya meragut hati kecil gua ni..dah mak sendiri pon bilang gua tak matang lagi..lagilaa orang-orang yang kat luar sane..ok, kena matangkan diri lepas ni..be matang Faraa..kemon kemonn, you can do it.

Bukan takat tu je tacing aku, pada hari tersebut aku telah ditacingkan lagi oleh orang-orang gila kat bawah ni dengan keja ohsem diorang..memang nak nangis laa senang cite..

dari kiri : kekasih orang, isteri dan ibu kepada dua orang anak, kekasih orang


Terima kasih untuk bebudak kat atas ni coz dah buat hari aku bermakna..korang gak dah buat aku ketawa dan menanges dalam masa yang sama..thanks untuk ohsem cheesecake dan lilin "25" tu..kalau lu orang nak tau, aku suke gileee! hahaa, thanks for brighten my day *abaikan grammar aku kalau ia ke laut* Korang memang super duper ohsem. muahmuah pipi kiri kanan..sayang korang ketat-ketat.yeaah, idop Kelantan! *iklan Piala Malaysia*


 

Big thanks gak pada semua orang yang bagi bufday wish kat gua..korang semua memang rawkss \m/
Tanpa korang siapalah aku..thanks gak sebab bace entry ni..big huggggsss :)