Monday, 31 December 2012

Hari Terakhir


Hai hari terakhir,
Harap ini bukan coretan terakhir.

Selamat pergi kisah sedih,
Harap aku akan bertabah lebih.

Selamat pergi kegembiraan,
Harap esok masih ada lagi senyuman.

Terima kasih kawan dan sahabat,
Tak kira masih berkawan atau tak - Kalian semua hebat.

Terima kasih pengalaman,
Terima kasih sebab mendewasakan.

Selamat datang tahun baru,
Harap semuanya tak macam dulu.

Tadah tangan.
Pejam.
Niat Dalam Hati.
Moga hari esok adalah hari-hari gembira aku.
Senyum.


Sumber : Tangan aku.


Wednesday, 19 December 2012

Bau Semangat Anak Muda


How low ヽ(^。^)丿


Bau Semangat Anak Muda - Nami Cobb Nobbler
Dapat petang semalam, malam tadi aku khatamkan..dua benda je yang
 buat aku untuk abeskan malam tu jugak..

1 - Gaya bahasa (kate Nami kasta rendah)
2 - Its all about GRUNGE

Mungkin tekak korang akan berasa loya bila aku katakan
kat sini yang aku adelah grunge sejati..kakaka!
Hoi, aku series laa! Walaupun tak nampak pada luaran,
dalaman aku hanya aku dan Dia saje yang tahu..
Its all about Cobain laa dey..

Dan yang penting, lepas je setelkan buku ni, aku terus layan lagu-lagu Radiohead.
Dah lame sebenarnya aku tak buat benda-benda macam tu.




Untuk kawan aku yang namanya Suzana - BSAM ni sesuai untuk kau.

Saturday, 1 December 2012

IF I DIE TONITE


Korang penah tak terpikir ape jadik kat sesape je la kalau korang dah takde? dah takde kat sini means dah masuk ke alam satu lagi..alaa meninggal dunia laa senang cite kan.

aku tak penah tepikir tapi aku tetibe tepikir petang semalam time gelak-gelak tanpe sedarkan diri.

kalaulaa aku dah takde satu ari nanti..

- agak-agak ade tak orang yang akan sedih bile aku takde?
- mungkin ade orang yang akan gembira sangat bile aku dah mati - maybe idop die akan lebih bermakna dengan matinya aku - senyum meleret setiap hari mungkin.
- mungkin ke kawan-kawan bergelak ketawa aku akan kurang gelak tawa diorang?
- confirmlaa keje-keje kat ofis akan sikit tak lancar - aku kan macai paling hebat - aku riak ? memanglaa    ponn. kau ade?
- takdapatlaa aku nak cover keje-keje terbengkalai bebudak opis aku lagi. kan?

Yang aku tau, kalaulaa ditakdirkan aku mati esok, aku rase aku dah cukup bangga dengan diri aku nii..even orang lain tak nampak pon hasil ape yang ade pada aku kan. Tapi aku rase aku dah cukup buat mak bapak aku senang dengan idop aku yang selama 25 tahun ni yang tak banyak karenah sangat,

Aku memang the only princess in family, tapi kalau kau tanye mak aku siapa yang paling senang die jaga sepanjang hidup, jawapan die mesti ade terselit name aku kat situ. hah, nampak tak?

tak kisahlah mati bebila pon, cuma aku nak..bila aku dah takde nanti, janganlaa kau lupe kat aku..aku tau aku ni tak hebat pon, mulut pon puaka nauzubillah..sapelaa yang nak ingat kan, nak sayang jauh sekali apatah lagi untuk ditangisi -.-"

Maafkan semua kekhilafan aku dan redhailah pemergian aku. Terima kasih untuk semuanya sekalii.



 Aku sayang semua kawan-kawan aku. 


Wednesday, 21 November 2012

SENYAP


*senyap*


kadang-kadang menjadi senyap tu bagus..
tapi kadang-kadang senyap tu sebenarnye gunting dalam lipatan..
yang senyap-senyap boleh bunuh diri sendiri..





Wednesday, 14 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H;


Assalamualaikum muslimin dan muslimat sekalian alam  (>‿◠)✌ 























Salam Maal Hijrah 1434H peoples ;D
Daripada korang dok berpeleseran kat soping mall tu, alangkah baiklah korang 
bace doa akhir tahun ngan awal tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah ni.



Doa akhir tahun dibaca selepas solat asar pada akhir bulan Zulhijah. 
Doa awal tahun pulak dibaca selepas maghrib dan lebih afdalnya dibaca sebanyak 3 kali. 
Nak lagi pahala berganda-ganda, bacelah secara berjemaah kat masjid.

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu - sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia 

Hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya. Jyeaahh.


Last shout - mai la sama-sama kite menuju ke arah kejayaan dan berdoa semoga amalan kita diterima olehNya. Amiinn.


credit Link : Al-Azim

Friday, 9 November 2012

HIPOKRIT





Budak kat atas ni memang hipokrit..
Dia selalu ketawa selalu gelak..
Sebab die selalu rasa yang dia tak penah ade masalah..

Kadang-kadang kite kene jadi hipokrit..
Even kite ade sejuta masalah..
Even kite ade berjuta kepalitan di hati..
Cubelah untuk senyum..

Sebab dengan senyuman anda, takde sorang pon akan tau saat sukar yang sedang anda lalui




Saturday, 20 October 2012

Cerita Seorang Aku











Pagi itu..aku bangun seperti biasa..melihat wajah sendiri di cermin..senyum..ya, aku mampu lagi untuk tersenyum..siapa tahu hati aku penuh cerita sedih yang aku kumpul dari dulu sampai aku besar sekarang..jangan tak percaya, takde siape pon pernah tahu apa yang terkandung-kerna aku tak pernah menceritakan kepada sesiapa..ah, untuk apa? untuk mencari simpati atau menjadi bahan kutukan?

Bulan lepas - orang tersayang pergi..senyum masih mampu terukir..baru aku sedar, ramai lagi yang menyayangi..persetankan saje manusia yang tak pernah kenang dek untung..banyak sebab untuk aku tinggalkan kau, tapi aku memilih untuk menerima kekurangan kau..dasar lelaki..dok sibuk carik kekurangan orang lain, lupa nak tilik diri sendiri..bangang kau same level je dengan lembu.

Hari ganti hari, jam detik demi detik - ya, aku bangun dan senyum seperti dulu..nekadnya mahu melupakan hari semalam dan bangun untuk hari esok..walaupun takde siapa perasan yang aku sedang cuba untuk bangun..senyuman lesung pipit aku berjaya melakukan tugas lagi.

Hari Ulangtahun - si lelaki datang dan ucap selamat ulang tahun diiringi doa "kalau ada jodoh, takkan ke mana" - what the fuck. Awak, jodoh tu rahsia Tuhan..kita ni sebagai HambaNya berusaha untuk kekalkan jodoh tu..kalau awal-awal lagi awak dah surrender, apa lagi yang awak nak bilang? Awak siap bilang awak nak jaga saya, siap suruh saya jaga diri, makan ubat kalau sakit. Awak siapa nak suruh saya report apa yang saya buat kat awak? oh, mungkin awak nak saya ingatkan awak balik yang awak pernah buang saya dulu. BODOH. Awak simpan je laa ego awak tu, lipat elok-elok simpan dalam peti dan mangga ya. Satu benda je yang buat awak nampak bodoh-awak rasa, tapi awak taknak beritahu.

Untuk semua orang yang tengah baca ni, cerita kat atas takde kena mengena dengan sesiapa termasuk aku. Tapi kalau ada yang terasa, maaf. 

Untuk awak-awak yang sedang bercinta, pertahankanlah pasangan awak walau apa pun yang terjadi. tu je cara korang nak protect relationship korang. Bukan duduk diam macam batu dan tengok je apa yang berlaku. 


Sunday, 14 October 2012

SEJAK DIA PERGI


sejak dia pergi..
aku belajar macam mane nak idup kalau dia takde..
aku belajar macam mane nak bangun pagi tanpa dia..
macam mana nak tidur malam tanpa dia..

sejak dia pergi..
mula-mula aku goyang..
tapi makin hari aku tau,
dia dah bukan milik aku lagi..

dah lama dah dia pergi..
aku dah boleh bangun pagi tanpa dia..
aku dah boleh tidur malam dengan nyenyak..
aku dah boleh ketawa sesuka hati aku..
aku dah boleh terima dia bukan milik aku sorang..

even dia dah lame pergi..
aku tetap anggap dia selalu ada dengan aku..
aku tetap anggap dia ada sebelah aku tengok aku ketawa..
ada sebelah aku tengok aku menangis..

dah lama sangat dah dia pergi..
tetap takde sorang pun yang akan sama dengan dia..

terima kasih untuk dia atas doa yang satu tu..
aku hanya tadah tangan dan mengaminkannya sahaja..



Happy Birthday to ME !


Assalamualaikum ;DD
Jyeaaahh..Happy Birthday to ME pada 13th October semalam! heh, even entry ni da lewat satu hari, aku pedulik hape..Syukur Alhamdulillah sebab masih lagi diberi kesempatan hidup pada umur yang dah suku abad ni..selamat 25 tahun untuk diri sendiri..Jyeaahhh!!

even dah suku abad, tahun ni laa bufday paling ohsem penah aku sambut sepanjang umur 25 tahun ni..dikelilingi oleh manusia-manusia yang gile ohsem, maka ohsemlaa jadinya..

Thanks untuk the only one KakLong and AbgLong kesayangan sebab susah payah beli makanan itu dan ini semata-mata untuk gua even lu orang tak ingat umur gua brape..gua tau lu orang konpius either gua ni umur baya-baya budak SPM ataupun 25 kan. mihmihmih..gua doakan lu orang dapat baby lekas-lekas sebab gua sendiri pon dah tak boleh tahan tengok baju baby yang comel-comel kat supermaket tu.

Awal pagi aku bangun dengan senyuman dari mama, katenya "Selamat Hari Lahir, moga lebih matang lagi lepas nii" thanks ma untuk wish yang berjaya meragut hati kecil gua ni..dah mak sendiri pon bilang gua tak matang lagi..lagilaa orang-orang yang kat luar sane..ok, kena matangkan diri lepas ni..be matang Faraa..kemon kemonn, you can do it.

Bukan takat tu je tacing aku, pada hari tersebut aku telah ditacingkan lagi oleh orang-orang gila kat bawah ni dengan keja ohsem diorang..memang nak nangis laa senang cite..

dari kiri : kekasih orang, isteri dan ibu kepada dua orang anak, kekasih orang


Terima kasih untuk bebudak kat atas ni coz dah buat hari aku bermakna..korang gak dah buat aku ketawa dan menanges dalam masa yang sama..thanks untuk ohsem cheesecake dan lilin "25" tu..kalau lu orang nak tau, aku suke gileee! hahaa, thanks for brighten my day *abaikan grammar aku kalau ia ke laut* Korang memang super duper ohsem. muahmuah pipi kiri kanan..sayang korang ketat-ketat.yeaah, idop Kelantan! *iklan Piala Malaysia*


 

Big thanks gak pada semua orang yang bagi bufday wish kat gua..korang semua memang rawkss \m/
Tanpa korang siapalah aku..thanks gak sebab bace entry ni..big huggggsss :)

Sunday, 30 September 2012

GIVEAWAY ME & MY FAMILY


Assalamualaikum..phewww~~

dah lama tak blogwalking..alang-alang dah merayap sane sini, aku nak join GA akak kool nii..
neves sebab dah lame tak join semua nii..harap masih ada harapan dan tuah macam dulu lagii..



mau join jugak ? meh masuk SINI


Good Luck untuk diri sendiri yang dah lama tak join. mihmihmih ;D

Wednesday, 26 September 2012

Wordless Wednesday #5



i miss him - rindu saat kali pertama dia ketawa di telinga saya 

Tuesday, 25 September 2012

Hari Lahir Abah

25hb September 2012..

Selamat Hari Lahir yang ke (lahir tahun 1952 - p buat bentuk lazim dan kira 2012 tolak 1952 - dapat jawapan, tu la umurnya) abah..

We getting older abah..meningkatnya umur abah, maka meningkatlah umur orang..but to me, abah selalu nampak muda dan rawks \m/ 

Thanks abah sebab owez be there for me - the one and only princess - dari orang kecik sampai orang besar sebesar besarnya la ni..abah jangan pernah salahkan diri sendiri yang salah beli bekas isi temuni orang dulu atas kebesaran orang la ni..cuz i never blame you for all this happens..

Tahniah sebab abah dah susah payah banting tulang empat kerat untuk anta orang pi sekolah..belaja tinggi-tinggi sampai la ni orang dah jadi seorang yang abah dah boleh banggakan..chewah..sorry jugak sebab selalu kacau waktu tidur abah dan susahkan abah anta dan amek orang pi keje - but you neva disappointed me, cuz you are awesome..*big hugg*

orang doakan abah diberi kesihatan yang baik-baik je..sebab orang tak boleh tengok abah sakit even selsema..susah ati orang Tuhan je yang tahu..Moga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat dan murah rezeki sentiasa..even anak-anak abah tak pernah bilang kiteorang sayang abah, kiteorang nak abah tahu yang abah selalu ada dalam setiap langkah kiteorang..

setiap kali aku lihat senyuman beliau, aku selalu berdoa agar aku dapat melihatnya lagi esok.




Monday, 24 September 2012

Saya & OpenLab

Assalamualaikum untuk awak-awak yang merindui saya :)

lately ni agak busy..since da kene tukar jawatan..kene jadi macai balik..bile dah penat kat tempat keje, balik umah tak pikir ape dah..nak menaip pon memang takde mood..dengan keadaan otak yang tepu nokharom..

Tiba-tiba balik keje ari ni teringat seseorang..tapi hati aku dah tabah dah sekarang..dah lame rasanya aku tak menangis..baguslah..aku rajin ketawa je sekarang ni..thanks apple pie saye sebab selalu buat saye gembira..

aku nak buat entry pasal OpenLab senanye, tapi malas nak menaip..layan gambar je laa ea..lagi best..

proses-proses bahan sebelum terhasil semuanyaa..thanks kawan-kawan yang kiut-miut kepalanye..



























thanks gak pada Abg Amy yang keluarkan idea saat-saat akhir untuk lampu joget tu..

makan time!aku suka sate saje..sate Taman Molek taw..setiap tahun ada..

wajah-wajah kesayangan aku..orang-orang yang selalu ketawa bila aku buat lawak..hihokhihok..
kawan-kawan seperjuangan..kami tau kerja je, dan amek gaji pada 28hb..mihmihmih..

sekian..terima kasih kerana membaca sampai abes..kalian rawks \m/

Thursday, 20 September 2012

Manusia Macam Engkau


adat manusia macam kau..
tak pernah rasa puas..
benda depan mata, dibiarkan sahaja..
benda yang tak tercapai, sibuk dikejarnya..
akhirnya, yang dikejar tak dapat yang depan mata pulak entah kemana.

sifat manusia macam kau..
sentiasa mahu yang sempurna..
konon rasa diri kau sangat sempurna..
padahal otak selalu letak kat lutut, 
tapi mahu kawan dengan orang yang educated sahaja..
akhirnya, tiada kawan maka hidup kau langsung tak berteman..

bongkaknya manusia macam kau..
diri tak sesempurna mana,
diri tak sehebat macam yang selalu difikir..
kepuasan tak pernah ade..
bersederhanalah dalam semua hal,
rugi takkan datang..

sentiasa beringat mana asalnya diri kau..
jangan sentiasa mengharap sesuatu yang tinggi..
yang kau sendiri tahu kau tak mungkin dapat gapainya..



















Monday, 17 September 2012

Kekasih & Sahabat

Salam Hari Jadi Malaysia ke 49 ;D *proud gilee IC aku warna biru*

Even aku bangga IC aku kaler biru ke ape, aku bukan nak cite pasal Malaysia laa..tapi aku nak bangkitkan satu isu yang orang selalu pandang sebelah mata sahaja..even mata hati pon diorang tak pandang..korang penah ade tak member-member yang bile da ada gf/bf, terus lupa kat korang. senang cite die dah tak pandang korang langsung laa..tipulaa kalau takde kan.Pemangsa mungkin sedap dan heaven tapi yang bergelar mangsa mungkin akan rasa butthurt (sila google maksud kalau nak lagi terperinci dan contoh ayat).

Aku dah biasa dah jadi mangsa tapi tak pernah lak jadi pemangsa..mungkin belum tebuka lagi hati nak jadi pemangsa kot. Aku tak kisah sangatlaa dengan spesies orang-orang macam ni, lantak depa la kan..tu hak depa nak sisihkan kawan-kawan yang ade kerana seorang gf/bf..alaa..aku tak hadap pon..tapi aku akan serta merta hadap bila spesies ni pandai pulak datang kat kita bile depa ade masalah dan problem dengan gf/bf depa..time tu mula laa bilang kita ni sahabat sejati depa..hakhaakktuihh..

Time kau berheaven dengan gf/bf kau, bercinta till jannah bagai, ada kau petik name aku dalam ingatan kau? oh, aku ni kan bukan orang penting. Then apsal kau datang kat aku bile time kau ada masalah? ape kau ingat aku rumah kebajikan ke? madafaka. 











untuk orang-orang yang spesies macam kat atas ni, teruskanlah sikap kau yang hebat sangat tu. Tapi satu je pesan aku, jangan carik balik sahabat kau ni bila kau ada masalah dengan gf/bf kau, dan bila kau dah break dengan gf/bf kau. Kau yang start dulu, then jangan tanya kenape la. senang kan?


Monday, 3 September 2012

BIG THANKS !


Assalamualaikum ;D

Hai 3 September..dulu aku suke tarikh ni..tapi la ni, tarikh ni dah takde maksud pape lagi da melainkan tarikh bufday aku..

Sorry untuk entry-entry aku yang macam sedih nak mati hilang suami..padahal cuma hilang kasih sayang je pon..satu kasih sayang aku ilang, belambak-lambak kasih sayang yang mai-kasih sayang yang aku sendiri tak jangka kedatangannya..ramai rupanya budak-budak kesayangan aku..

Terima kasih untuk semua budak-budak kesayangan yang aku malas nak sebut kat sini..korang tau kan korang siapa..tak kira la korang support aku dari jauh ke, dari dekat ke..samada secara direct atau indirect..korang semua adalah hebat..big handss *ombakk* Allah je yang boleh balas kebaikan kalian semua..

untuk awak-jage kasut saye elok-elok.
thanks for the memories








Monday, 27 August 2012

SEMPURNA


kesempurnaan - aku manusia biase macam kau,
aku buat silap. aku selalu buat silap.
orang lain pun buat silap.
takde sape yang sempurna pun.
siapalah kesempurnaan tu kalau takde yang tak sempurna.
ouh kau memang dah paling sempurna kot.
sebab tu kau tak pernah rasa kau silap. 

maaf - kata hikmat yang selalu aku keluarkan dari mulut puaka aku.
tapi macam biasa, kau selalu rasa kau tak pernah buat silap.
sebab tu kau selalu anggap kau tak perlu mintak maaf.
ya, kau memang selalunya betul.
mungkin jugak kau tak mengerti apa maksudnya maaf. 

aku memang tak sempurna macam kau.
aku selalu buat silap.
aku berperangai lebih puaka daripada si celaka.
tapi aku tahu ape tu maaf dan ape fungsi kemaafan.
oh aku lupa, kau bukan seperti nabi pun yang selalu ampunkan umatnya.

Saturday, 25 August 2012

Dugaan Terindah


Salam 7 Syawal ;D

sorilaa kalau lately ni banyak sangat entry sedih..entry kene seiring dengan mood aku weh..walaupon sedih, mekaseh gak kat korang sebab korang sudi bace*kesat air mata terharu*

tiba-tiba aku rasa macam bodoh pulak..bodoh sebab terlampau ikutkan hati muda remaja ni..kalau aku tau macam ni akhirnya, aku tak bagi semua hati aku kat dia..apsallah aku tak simpan sikit ek..takpela, bende dah nak jadi..skarang ni aku kene move on weh..aku kuat, cuma kememeh sikit je..tu la, ari tuh aku gelakkan Fahmi, la ni aku pulak kene..natang tol..

papepon, pada awak yang dah cederakan hati suci murni saye ni, saye cuma nak bilang terima kasih je..tak semua benda pengakhirannya gembira kan..awak teruskan cita-cita awak nak jadi pemain futsal terhebat dengan adidas sala yang saya hadiahkan tu ya..saye pulak cuma mampu simpan kenangan kita je *senyum*

Aku tau Allah dah plan yang gerek-gerek untuk aku..dan Dia takkan uji aku diluar kemampuan aku..terus ukir senyuman untuk kehidupan hari esok.





Thursday, 23 August 2012

Terima Kasih PakSu ツ


bangun pagi ni, terus siap-siap pegi keje. 
sampai tempat keje, telefon ofis aku capai,
macam yang biasa aku lakukan sebelum ni. 
nasib baik aku cepat sedar. 
aku letak balik gagang telefon kaler putih tu.
cis, aku dah tak boleh buat semua tu lagi. 
takpe, hari pertama memang kekok.
esok lusa akan terbiasa.

aku capai pulak handphone kokak aku, 
niat nak mengadu nasib sebab tertekan kat tempat keje.
aku lupa lagi,aku tak boleh buat semua tu lagi. demm.

gagahkan diri wasap paksu..
nasib baik die layan aku..
aku ceritakan semuanya..
pesan die suruh aku bersabar..
terima kasih paksu sebab dah wat Farah tersenyum ari ni..

: ◕ ‿ ◕ 







Tuesday, 21 August 2012

Perginya 3 Syawal


3 Syawal 1432H - kenal sorang sahabat terhebat-tempat kongsi suka duka-tempat mengadu segala jenis masalah-tempat mengumpat-tempat ketawa-penasihat terhebat.

3 Syawal 1433H - hilang sorang sahabat terhebat-hilang tempat kongsi suka duka-hilang tempat mengadu segala jenis masalah-hilang tempat mengumpat-tempat ketawa-hilang penasihat terhebat.

4 Syawal 1433H - pikir camne nak teruskan hidup-pikir mane nak mengadu masalah lepas ni-pikir boleh ke aku hidup tanpa dia-pikir dengan sape aku nak menangis lepas ni-sape lagi nak layan perangai puaka aku pasni.

Ya Allah, jangan Kau cuba aku melebihi batas mampu dan sanggupku-Tuhan takkan uji diluar kemampuan kita-Bertabahlah wahai hati-kegembiraan tu ada kat mane-mane pon.



saye degil-saye slalu ingat yang awak takkan tinggalkan saye-tapi arini awak tinggalkan jugak saye-maaf awak, saye bukan insan sempurna yang awak carik-terima kasih untuk semuanya awak.


Tuesday, 14 August 2012

SAHABAT #2


Kehadapan Sahabat,

Sesekali jadilah kawan yang mendengar 
dari yang hanya bercerita. 
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, 
kerana dia juga seorang manusia, 
dia juga ada rasa takut, 
ada rasa..bimbang, sedih dan kecewa,

Dia juga ada kelemahan

dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. 
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka. 
Di sebalik senyumannya itu, 
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
di sebalik ketenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan…
kita tidak tahu…
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, 
mungkin kita akan tahu.


Dari Sahabat untuk Sahabat,
FarraaMispan





Friday, 3 August 2012

THANKS FOR THE MEMORIES


alkisah seorang manusia..

mudah lupa diri bila diulit kesenangan dunia..
mungkin kau lupa pada seorang yang pernah bergelar teman satu tika dulu..

terima kasih pada manusia itu..
dah beri aku pengalaman dalam bersahabat..

moga kau bahagia dengan jalan yang kau pilih..
dulu memang takkan penah same dengan sekarang..
dan aku tak mungkin akan jadi macam dulu semula..




mungkin kau lupa dengan kebaikan yang pernah aku lakukan..
tapi aku takkan pernah lupa kata-kata sarkastik kau..

terima kasih kepada manusia itu..


Thursday, 2 August 2012

IT WASN'T ME





ini adalah quotes paling ohsem aku penah nampak.
credit to : link ohsem


Monday, 30 July 2012

ANDAI ESOK


andai esok saye masih boleh mendengar..
saye nak dengar gelak tawa awak lagi..

andai esok saye masih melihat dunia..
saye nak lihat awak tersenyum..

andai esok saye masih boleh melangkah..
saye akan pergi ke arah awak dan genggam awak sekuat hati saye..

andai esok saye boleh bertutur lagi..
saye cuma nak cakap yang saye sayang awak sahabat..
dan akan selamanya begitu..




# wish i can get my superman back.


AWAK #2





Dear awak..
saye dah penat nak berlebih-lebih..
sedangkan awak seolah-olah tak pedulik langsung semuanya..
biarlah ape nak jadik pun..
saye bukan sesiapapun nak pertikaikan semuanya..
belum tentu lagi hari esok hari saye..
dan saye akan selalu beringat yang Syawal akan datang adalah Syawal terakhir saye mungkin..

10 Ramadhan 1433H 


Monday, 23 July 2012

Teman Pengganti






Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



#AcaptheSuperman kemaruk layan lagu ni..and same goes to me.




Selamat Hari Lahir Sahabat Terhebat

Salam 3 Ramadhan 1433H..*menguap*.

Kejap je dah 3 hari puasa..Alhamdulillah..masih diberikan peluang untuk terus menjalani ibadah puasa..

kali ni aku taknak crite pasal Ramadhan..tapi aku nak crita pasal sahabat terhebat aku..sebab ape aku bilang die hebat, sebab die satu-satunya yang boleh buat aku ketawa, boleh buat aku menangis, boleh buat aku demam sampai seminggu..semuanya die laa..semuanya die punye pasal..sepatutnya entry ni aku kene taip 16hb Julai last day, tapi akibat prangai malas aku yang tak penah surut ni, so tergendala sampai la ni..hahahihihoho..

kenape sepatutnya kene buat 16hb ari tu? sebab 16hb tu hari beliau melahirkan diri melihat dunia..kehadapan awak sahabat terhebat, saye nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 24..walaupun dah basi, saye pedulik ape..moga panjang umur, murah rezeki, murah senyuman dan jadi budak baik.



awak..saye harap awak suke dengan hadiah tak sehebat mane dari saye..semuanya saye tempah khas untuk awak sahabat terhebat..*senyumm*..awak suke bola, ya saye tau awak gile bola..saye pun..sebab tu saye buat jersey tu khas untuk awak..Bleck name yang awak nak letak sangat kat jersey tu..no 16 plak sempena hari awak keluar ke dunia..tang elmo tu pulak, tu binatang kesukaan saye..bantal elmo tu sume saye yang design..tapi saye tak buat, saye suruh orang laen buat..saye harap awak suke..*sebak di dada*. lagi saye sebak bila awak cakap awak pegi maen futsal sume awak bawak baju tu..awak cakap tanda saye slalu ade dengan awak..ok ini sweet..dan lagi sweet bila awak cakap awak peluk baju tu time tido..homai homai..terima kasih awak sebab buat saye selalu ade dengan awak.

kehadapan awak sahabat terhebat saye..terima kasih sebab awak selalu ada di hari-hari yang saye lalui..awak slalu ade dengan saye bile saye mase saye tengah ketawa, masa saye tengah nangis, mase saye tengah ade masalah..sebab semuanya saye cerita kat awak sorang je pun kan..maafkan saye wak sebab saye selalu bebankan awak dengan masalah-masalah merepek saye..sebab saye tau takde orang selaen awak yang boleh layan masalah merepek saye ni..terima kasih jugak atas kesabaran awak melayan mulut puaka saye ni..dah puas kan awak nasihat..nak wat camane, buluh dah tak boleh nak lentur lagi dah wak..

kehadapan awak sahabat suka duka saya..terima kasih sebab awak jaga saye dari hari pertama kite kenal sampai la ni..even saye tau awak tak 24jam amek kesah pasal saye, tapi saye selalu tau yang saye akan selalu ade dalam hati awak..*jiwang pulak nii, tapi jiwang sekali sekala itu bagus*

Tahun lepas saye sambut Ramadhan dengan sahabat yang dah tinggalkan saye skarang..tapi tahun ni 1 Ramadhan saye dengan awak sahabat terhebat saya..moga Ramadhan saya selamanya dengan awak..solat maghrib tadi saye berimamkan abah, dan saye harap awak akan jadi imam saye slepas ni..terima kasih awak..moga kegembiraan selalu bersama awak.

Ramadhan 3, 1433H.

Friday, 20 July 2012

L O S E R


kadang-kadang aku rase aku ni loser gile..
hard to be a me..

aku gelak, aku ketawe kuat-kuat..
tapi yang sebenarnya cerita, aku sikitpun tak rasa happy..

aku diam, hanya berdiam diri..
hakikatnya aku marah sangat-sangat..

aku merungut, mulut aku pung pang pung pang..
yang sebetulnya aku menyesal sebab aku merungut..

hard to be me..
either aku ni tak tau nak eksplenkan ekspresi or aku ni penakot..

you know what..
takde sapepon aku rase dalam dunia ni yang faham aku
sebenar-benar memahami..
sebab pada hakikatnya aku ni sukar nak difahami dan aku rase aku tak perlu untuk difahami..

full stop.


SALAM RAMADHAN ;D




Salam Ramadhan 1433H ;D



Tuesday, 17 July 2012

Kotak Punya Cerita

Aku nak hapdate pasal benda ni lame dah..tapi macam biase aku suke perap lama-lama dulu..sebab aku kan pemalas..since lately ni da ade kesedaran dalam diri dan aku da rajen so aku hapdate laa..

ari tuh abah suruh aku amek kotak dalam bilik die isi ketas-ketas aku time zaman belaja dulu..tapi seminggu kemudian baru aku amek..hahaa..tu pun bila mood nostalgia aku sampai..lepas amek kotak, abeslaa aku bongkar kotak tu keluarkan semua barang-barang yang ada dalam tu..takdelaa barang sangat sebenarnye pun, sebab semuanya adelah note-note daripada kawan-kawan aku.



ni laa rupa kotaknya...setengah daripadanya adalah note-note daripada kawan aku since aku form 1 kot tak silap..sampai aku form6..yang kebanyakannya wish good luck untuk exam ape semua..bila baca balik ade yang kelakar, ade yang buat aku sengih kerang dan tak lupe jugak buat aku menitis air mata..dan kotak ni dah buat aku menyesal dan paham sebuah persahabatan. homai homai sila tahan airmata.



ni adelah koleksi note-note daripada kawan aku yang otai namenya Suzana. baru aku prasan yang dia ni suke tulis note daripada barang-barang McDonalds. Zaman aku dulu sape yang makan McD ni dikire ohsem sebab duit die banyak boleh makan mahal-mahal. tapi aku tengok zaman la ni, budak skolah selamba badak die je balik skolah teros lunch kat McD. Zaman dah berubah dan aku kene akui yang aku makin tua. 




ok aku tau ni adelah test pad..test pad ni kegunaan masa zaman aku dulu digunakan masa jawab exam kat sekolah. dan fungsi sampingannya adalah tulis notes kat memember..patotlaa test pad korang selalu abes pastu pi beratur kat koperasi bayar Rm2 semata-mata nak beli benda ni. hahaa.

masa aku bongkar-bongkar kotak tu jumpa gak laa surat-surat daripada kawan rapat aku masa kat teknik dulu..kiteorang satu dorm masa form4 dan kebetulan satu class..sedih gak laa bile baca balik surat-surat dari dia..sebab kalau kiteorang gaduh, mesti balas-balas surat..dulu masa skolah aku ni bodoh kot..tak nampak dia ni..skarang ni kalau dapat aku undur balik masa, aku sikit pon taknak gaduh-gaduh dengan dia..ok senang cite sikit pun aku taknak sakitkan ati die..aku dah cakap ngan die pasal ni baru-baru ni..at least aku dah luahkan ape yang aku rasa..dan aku nak kau tau, aku sayang kau wehh. 



kawan suka duka aku selama 2 tahun kat teknik dulu..sila abaikan muka inesen zaman skolah. papepon rindu kat semua orang dan suasana selama dua tahun kat teknik dulu..zaman tudung putih kene lipat cucuk pin, baju putih, kain biru tahap banjir, kasut itam koyak sane sini dan beg londeh sampai bontot, kene cubit dengan CikguZaimah sebab tak pakai kad matrik, kene sapu setiap level bangunan skolah sebab tak pakai baju PJ, secret admirer belikan burger kat warung pastu suh wakil anta sampai dorm, makan nasik lemak dalam gelap lepas prep. homai homai benda tu sume memang tak boleh nak ulang lagi dah. ok penat, dah malam. terima kasih sebab baca kepada yang baca ;DD



Monday, 16 July 2012

#Thousand Years





Heart beats fast

Colors and promises
How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
Watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
Standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this


One step closer


I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you

Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more


One step closer

One step closer


I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you

Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more




#Happy Birthday Acap <3








Sunday, 15 July 2012

HILANGNYA SI LOSER

Assalamualaikum..

aku tengok skang ni aku hapdate belog ni adela dalam seminggu skali..bulan June punye entry pon cuma 5 entry je..bila dicongak-congak balik memang aku hapdate seminggu sekali. pemalas punye budakk..dush2!~ *tumbuk muka sendiri*

Tolonglah jangan bilang aku pemalas..aku cuma takde idea je nak hapdate belog nii..takde sape pon bagi aku idea nak hapdate..kedekot gilee..hewhewhew..Entry kali ni aku nak cerita pasal hilang dan kehilangan serta menghilangkan diri.

Korang pernah tak bercinta pastu tetiba balak korang hilang macam tu je? means hilang kat sini, bila korang call, die tak angkat..message,bbm sume die tak reply..Loser gile bile ade balak macam tu..tetibe hilang apsal? hilang yang secara tetiba ni laa sbenarnya lagi sakit daripada hilang bila ditinggalkan (ini adalah fakta).

aku sendiri pon penah beberapa kali kena macam ni..memang babih laa kan..lagi babih bile kite dah tolong die mase die tengah bertatih ngan keje baru die..baru bertatih nak mulakan idop..pastu bila pinjaman along die dah lulus, dah kaya raya semua..die blah macam tu je..pohkewak betoi..ok, kalau die bace entry ni, aku cume nak bagitau kat die yang die memang LOSER gilee..senang cite aku tak halalkan sesen pon ape yang kau dah amek daripada aku weh..kau dengar kan babih? ok bagoss..good piggy..

Lelaki macam ni memang tak boleh pakai langsung pun..hah, kepada awek-awek baru akan datang tu, kesian gak laa kat kau sebab dapat pakwe LOSER nak mampos macam spesies ni..tapi nak wat camane kau pun dah sayang gile babi kan, tutup sebelah mata je laa..apeadehal..

Aku tak tahu ape motif diorang buat macam tu, maybe sebab die pikir dia tak layak ngan aku kot..bapak die tak layak..itu adalah alasan zaman atok kau laa..kalau tak layak nape kau melayan babih? nak test market atau tak sampai hati nak reject aku? madafaka la weh..kau takde telo ea? tu yang kau blah macam tu je..double Loser ! bajet-bajet dah market kacak macam Aaron Aziz laa tuh. puihh puihhh.

Baru-baru ni aku ada sorang kawan kena macam ni..mula-mula aku tengok die bercinta ok je weh..memang feeling abeslaa..senang cite dah merancang nak kawen ape sume..tapi tak lama pastu senyap kejap..dan baru ni die cite kat aku yang die try call message sume..tapi takde balasan kot..lagi sakit bile dah lama die menunggu, message die pon dibalas tapi bukan balak die yang balas tapi isteri kepada balak die..demm. isteri baii..power isteri lagi kuat tau tak kalau nak dibandingkan dengan power seorang girlpren..aku yang mendengar pon dah sakit, lagi kan yang melalui..bertabahlah kau sahabat..Allah duga kau macam ni sebab Dia dah sediakan yang lebih baik untuk kau. 


















Kalau someone tu betul-betul sayang kat kite, die takkan tinggalkan kite macam tu je kan..untuk orang-orang yang pernah wat macam tu..terima kasihlaa aku ucapkan..what goes around comes around..aku pon tak boleh nak salahkan korang jugak, sebab aku pon penah buat macam tu dulu..tapi ianya tak sekejam ape yang korang dah buat kat aku..takpe, esok lusa ada gak bahagian untuk korang yang Loser semua tu. 


Sunday, 8 July 2012

SAKIT

*tarik nafas*

hari ni aku bangun pagi macam biasa..
panjatkan doa dalam hati sebab masih diberi peluang untuk bernafas lagi..
bangun pagi dengan harapan mahu melupakan apa yang berlaku semalam dan kelmarin..
tika saat ini aku masih lagi mencari sesuatu yang boleh buat aku lupakan semuanya..

tak tahu mana silapnya..
tak tahu apa puncanya..
tak tahu mana kurangnya aku..
membebankan ke aku pada dia?
menyusahkan ke aku pada dia?
senyum.

ujian jenis apa yang kau beri pada aku kali ni?
tak cukup ke ujian-ujian yang kau bagi selama ni?
belum cukup lagi ke jawapan-jawapan aku pada ujian-ujian kau selama ni wahai adam?
senyum lagi.

andai ini ujian terakhir yang kau bagi..
andai ini bukti terakhir yang akan aku beri..
huh..
aku tak tahu apa yang akan jadi esok hari..
senyum untuk kesekian kalinya.

aku harap aku akan kuat untuk hadap semuanya..
aku harap aku akan jadi kuat seperti selalu..
ya, aku sudah biasa..
tak perlu takut lagi untuk hadap hari esok..
hari esok tetap akan sama seperti hari-hari sebelumnya..
senyum.

Selamat datang Julai..


Sunday, 1 July 2012

KEHIDUPAN


times goes by..
banyak yang dah berubah..
i mean semuanya dah berubah..
daripada pemikiran, tingkahlaku dan juga kekerapan ketawa dengan penuh keikhlasan..
betol kata pepatah manusia cepat berubah..
manusia akan berubah mengikut kitaran persekitaran..

kalau dulu ape yang aku tau, aku kene blajar untuk lulus peksa..
tapi skarang aku rase aku kene blajar untuk hidup..
walaupun ramai orang sekeliling kita..
even dia baik tahap dewa pun dengan kita skarang ni..
bila kita susah nanti, belum tentu dia akan tolong kita..
silap haribulan die sibuk dok kumpul cerita-cerita tak elok kita..
memang baguslah ada manusia macam tu..

apa yang aku tau, aku skarang sedang menikmati hidup..
nikmat hidup dengan semua orang yang aku sayang..
yang selalu ada dengan aku..
time aku ketawa, time aku jatuh, time aku nangis..
even time aku kene marah dengan boss kat tempat keje..
terima kasih orang-orang yang berkenaan sebab ada dengan aku..
anda tau siapa anda kan..
dan maaf kalau aku tak boleh jadi insan terbaik dalam hidup kalian..
tanpa korang, siapalah aku ni..
*sambil paksa airmata suh kluar*

idop ni memang macam palat, pegi carik cokelat dan makan.







Sunday, 24 June 2012

KISAH HATI #3


kehadapan hati yang selalu diabaikan..
sabarlah sayang..
jangan turuti rasa benci..
jangan turuti rasa dengki..
persetankan saje semuanya..
sebab aku tahu kau lebih kuat daripada aku..

kehadapan awak yang dulunya kawan ketawa saya..
terima kasih untuk senyuman yang awak berikan pada saya dulu 
walaupun ianya bukan untuk selamanya..
terima kasih sebab sudi ada dengan saye waktu saye memerlukan..
terima kasih jugak untuk semuanya..
baik waktu dulu mahupun sekarang..
maaf awak..
mungkin saya tak boleh jadi saya yang dulu lagi..
dan tak mungkin akan sama seperti dulu..
tak perlu tanya kenapa kerana saya tahu awak ada jawapannya..
tapi percayalah..
dengan tiadanya saya, akan ramai lagi yang memahami awak..

kehadapan awak yang selalu berada disisi saya..
terima kasih kerana memahami..
terima kasih sebab ada dengan saya waktu saya memerlukan..
maaf jika soalan-soalan yang awak tanya saya tak pernah nak jawab..
cukuplah sebab memahami saya, saya taknak awak terbeban lagi dengan cerita-cerita saya..
moga awak akan selamanya dengan saya..

kehadapan cinta hati yang semakin diabaikan..
saya tau awak kuat hadap semuanya..
Allah duga awak sebab Dia tau awak kuat..
saya akan selalu mendoakan awak..
sekarang memang takkan sama dan tak boleh jadi macam dulu wak..
tapi saya akan selalu berdoa awak akan tetap jadi orang yang saya mula-mula kenal dulu..







Lots of Love <3,
Faraaa

Tuesday, 19 June 2012

ME AND THE RULES

Assalamualaikum .

tetibe je rase nak wat entry ni. tujuan utama harap-2 satu hari nanti orang yang paling aku sayang akan baca entry nii..supaya die lebih kenal dan faham aku. #poyo.

Things you should know pasal Faraa Mispan ;DD

1. Super duper simple. Tak kira dari segi ape pun. baik dari segi makeup, dressing dan ape-2 saje. Dari kecik aku dibesarkan dengan hero-2 disekeliling..iaitu abang ngan adek laki aku..dan juga 3 orang sepupu aku..mereka semuanya lelaki. Aku lagi suka capai seluar skinny ngan t- shirt je kalau kuar umah..dan hanya berbekalkan bedak sahaja dimuka serta sepasang selipar. Kau boleh buat? kena pikir dua tiga kali kot..senang kan sape yang bakal jadi suami aku? hewhewhew.
2. Pendiam. Jangan tak percaya yang aku ni orangnya pendiam. lagi-2 bila orang tu aku 1stime jumpa. jangan bilang aku sombong laa ea kalau aku jawab sepatah-2 je..tu memang pangai semulajadi aku sejak lahir..even since aku baby pon mama cakap aku jenis tak banyak peel..kalau mama aku campak aku kat situ, aku akan tetap kat situ sampai bile-2..uhh menn..sadis kan..dan aku akan lebih jadi pendiam bila aku sangat-2 rase tak comfortable dengan environment ataupon diri aku sendiri..so, jangan pelik sangat ok.
3. Reject orang. Sorilaa kat sesape yang penah terasa ngan aku sbelum ni. mulut aku memang agak kelongkangan sikit..ouh sori..banyak senanye..semulajadi kot..tapi siyes mulut aku je yang jahat, tapi ati aku baik taw..aku jenis tak makan dalam..hope korang pon tak makan dalam..
4. Sensitif dan Kememeh. Lupakan je ekspresi muka aku yang pailang ni. aku memang sensitif. tapi sensitif aku bertempat..bukan macam sesetengah orang tu, baru gurau sikit je dah tarik muka..dan bila aku sensitif atau terasa, aku akan mendiamkan diri. sape yang tegur time tu, memang mendapat laa kot.
5. Like to be alone. Yeah, aku memang suke idop sorang-2. Bagi aku dok terperap dalam bilik sorang-2 lagi heaven daripada berada di lautan manusia kat luar sane. Aku paling tak gemar bile ade orang datang kat aku then tanye aku itu ini, suruh aku itu ini. Bile dalam situasi macam ni aku akan angguk-2 atau geleng saje and just say yes or no. So, peliss take note.
6. Pendendam. Hahaa, kejam an? Aku memang pendendam punn..aku pedulik ape..tapi biasenye aku simpan dalam ati je. Sorrylaa, aku bukan seorang pemaaf..Bila someone da buat taik ngan aku, aku akan ingat sampai bebile..dan sorrylaa kalau time tu jugak aku berubah..jangan tanye kenapa sebab kau tau jawapannya.
7. Suka Ketawa. Dengan memiliki rupa paras ala ala gangster ni, jangan korang pandang rendah kat aku. Aku ni tak gangster tau tak, malah memiliki hati yang lembut serta suka gelak tanpa menghiraukan orang sekeliling. Tapi bila umur dah makin meningkat ni, aku sedar yang aku da kurang gelak..mungkin sebab faktor orang sekeliling yang kebanyakan mereka kurang memahami aku.#statement poyo.
8. Hidung Tinggi. Kategori sifat ni orang ramai yang gelarkan pada aku. dan aku dengan senang lenangnya mengakuinya punn. Aku bukan kerek tapi aku nampak macam kerek. aku nampak macam kerek sebab maybe aku tak comfortable dengan seseorang tu ataupon time tu aku memang nak berasa kerek. wooot. 
9.  Simpan Dalam Hati. Kadang-2 tak sume bende kite leh cite kat orang. Tapi pada aku, sume bende punn aku tak cite kat sesape..hahaa, buat ape nak bukak pekung kat dada sendiri? kalau aku cite pon, kebarangkalian orang yang mendengar tu akan menghasilkan dosa-2 kecik mungkin. iaitu dengan mengutuk aku di belakang. hah kan? Tapi orang cakap tak elok sangat kalau simpan banyak-2 pun. Ruang untuk aku isi cerita-2 idop aku masih banyak lagi, bila dah tak muat nanti akan aku ceritakan pada yang berkenaan.
10. Hal aku, hal aku. Hal Kau, Hal Kau laa. Aku jarang bercerita kat orang pasal hal aku, even orang paling rapat pun aku tak penah cerita. Aku pon senanye tak berminat nak tau sangat hal orang lain. Senang cite aku tak berminat nak dengar kisah idup diorang. Entahlaa..bukan aku sakit ati ke cemburu ke ape..tapi kadang-2 leh tahan riak gak orang yang bercerita tu. Tak baik riak weh, simpan sikit cerita best kau tuh. Daripada senang-2 leh dapat pahala terus kau dapat dosa free. 

Maaf kalau ayat-2 aku mengandungi kekasaran dan melebihi paras 18SG. Tiada niat ape pun melainkan ingat mengingati sesama manusia. piss off.